Kian Meng-Pei Jing gagal ke final - Utusan Malaysia

Kian Meng-Pei Jing gagal ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 April – Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal melangkah ke pentas final selepas tewas dalam aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Dalam saingan itu, Kian Meng-Pei Jing tewas 13-21, 17-21 kepada pilihan kedua dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping dalam aksi yang memakan masa 35 minit.

Aksi perseorangan lelaki menyaksikan, juara dunia lima kali dari China, Lin Dan melangkah ke final kejohanan Siri Jelajah Dunia Super 750 bernilai 700,000 dolar (RM2.86 juta) selepas mengetepikan cabaran Shi Yuqi 21-19, 16-21, 21-12 untuk berdepan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Chen Long yang menang 12-21, 21-10, 21-15 ke atas Jonatan Christie.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perseorangan wanita menyaksikan pemain No.1 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying mara ke final selepas menewaskan Chen Yunfei 21-14, 21-19 dan akan berdepan tentangan Akane Yamaguchi yang menundukkan Nozomi Okuhara 21-15, 22-20.

Acara beregu wanita menyaksikan Du Yue-Li Yinhui menewaskan pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-12, 21-14 untuk bertemu rakan senegara dari China, Chen Qingchen-Jia Yifan yang menewaskan Chang Ye Na-Jung Kyung Eun 21-14, 21-18. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini