SHAH ALAM 28 April – Keputusan kerajaan negeri Selangor untuk tidak meneruskan pemberian wang khairat kematian kepada rakyat sangat mengecewakan sekaligus membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan sangat lemah dalam pengurusan perbelanjaan dan tadbir urus yang kurang efektif. Ketua Pembangkangnya, Rizam Ismail berkata, sebagai rekod, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM256 juta bagi memberi wang RM2,500 kepada 103,320 waris warga emas yang meninggal dunia sejak tahun 2008. Katanya, kerajaan Selangor setiap tahun…










