Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 30 April – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Kangsar, Mohd Helmi Ai’nordin, 39, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah akan dibawa dari Hospital Sungai Buloh ke Kuala Kangsar untuk dikebumikan.

“Allahyarham Mohd Helmi ialah Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya, merahmatinya dan dikumpulkannya bersama mereka yang beriman serta beramal soleh,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini