KUALA LUMPUR – Kesemua 160 rakyat Malaysia di Sudan dilaporkan selamat susulan rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden Omar al-Bashir, semalam. Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Malaysia di Khartoum sentiasa berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Sudan dan memantau situasi terkini di negara berkenaan. “Pihak Kedutaan akan sentiasa memberikan bantuan yang diperlukan kepada semua rakyat Malaysia di Khartoum,” menurut kenyataan itu. Kedutaan Malaysia…









