‘Melepak’ di media sosial bersama rakan-rakan maya sebagai diri anda sendiri memang mudah. Tidak perlu mengikut peraturan sangat, melainkan undang-undang negara. Itu sahaja. Tetapi, sebagai pemilik perniagaan atau pengurus yang bertanggungjawab mengendalikan media sosial untuk jenama syarikat, ini tidak boleh dibuat sambil lewa. Silap hari bulan, mungkin anda sendiri akan menghadapi masalah dengan pihak pengurusan dan juga pelanggan. Mengapa? Pertama, anda akan kena teruk kerana tiada hasil jualan. Kedua, mungkin…










