PUTRAJAYA 9 April – Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak. Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dilihat tiba kira- kira pukul 1.39 petang dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam. Menurut sumber, Rosmah dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dengan kes penyelewengan…










