KUALA LUMPUR 25 April.-Kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) siap dilaksanakan sepenuhnya pukul 11 malam tadi. Ketua jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, loji akan diaktifkan semula dan proses menyalurkan bekalan air terawat ke kolam-kolam utama dan sistem agihan utama akan dilaksanakan sebelum bekalan dapat disalurkan kepada pelanggan. “Proses ini dijangka mengambil masa dalam…










