KUALA TERENGGANU 30 April – Seorang pekerja kedai makan kerugian ribuan ringgit apabila kereta yang diletakkan di tepi jalan terjunam dan tenggelam di dalam longkang di Kampung Hiliran di sini petang semalam.
Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Harun Mohd. Husin, 37, berada di rumahnya yang terletak berdekatan.
Mohd. Harun berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian keretanya dilanggar sebuah lori dan terjunam ke dalam longkang setelah diberitahu jiran di sebelah rumah.
Berita berkaitan:
Difahamkan, pemandu lori tersebut gagal mengawal kenderaannya kerana dipercayai brek gagal berfungsi.
Pemandu lori kemudian melanggar kereta mangsa dari belakang yang sekali gus menyebabkan kereta Proton Wira itu terjunam ke dalam longkang yang dipenuhi air sedalam dua meter.
Usaha menaikkan kereta mangsa mengambil masa hampir dua jam. – UTUSAN ONLINE











