Kerajaan Pas Kelantan terima permohonan maaf Pengerusi SPR - Utusan Malaysia

Kerajaan Pas Kelantan terima permohonan maaf Pengerusi SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 April – Kerajaan Pas Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun kerana memohon maaf atas kenyataannya yang mengguris hati rakyat negeri ini.

AHMAD YAKOB

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menerima permohonan maaf tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, kita menerimanya dan kita ucap terima kasih,”katanya selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Industri Mineral negeri Kelantan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad ; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Ahmad Robert Abd Rahim dan Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Zamri Ismail.

Jumaat lalu, Azhar meminta maaf atas kenyataannya sebelum ini yang mendakwa pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat dia mendaftar sebagai pengundi walaupun tinggal di tempat lain.

Azhar dilaporkan berkata menerusi kenyataan itu, disebabkan perkara itu, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri itu untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam. 

Kenyataan Azhar itu mengundang maklum balas negatif ramai pihak termasuk Menteri Besar yang menyifatkannya sebagai penghinaan kepada rakyat negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini