GOPENG 16 April – Perbincangan akan diadakan di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghentikan sementara operasi mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang hilang semasa perlumbaan itu bulan lalu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pemberhentian sementara itu berikutan terdapat permintaan daripada penduduk kampung untuk operasi berkenaan ditangguhkan bagi membolehkan mereka pula menjalankan usaha mencari…










