JAKARTA 16 April – Penganalisis politik Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Adi Prayitno meramalkan keputusan pilihan raya Presiden (pilpres) 2019 tidak akan jauh berbeza daripada hasil tinjauan beberapa agensi penyelidik. Adi sebagaimana lapor portal Republika berkata, peluang untuk dipilih bagi pasangan calon Presiden nombor satu, Joko Widodo-Ma’ruf Amin masih unggul mengatasi pencabarnya, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno yang merupakan pasangan calon Presiden nombor dua. “Hasil tinjauan itu hampir tiada perubahan ketara…










