SIJIL Peperiksaan Bersepadu (UEC) kembali menjadi isu apabila Peguam Negara, Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan yang mendahului kerajaan apabila bersetuju mengiktiraf sijil UEC untuk kelayakan menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP). Kenyataannya menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak kerana jemaah Kabinet sendiri belum membuat keputusan berkaitannya. Pada Ogos 2018, Jemaah Kabinet hanya bersetuju supaya Kementerian Pendidikan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengkaji keperluan mengiktiraf UEC dan kementerian hanya akan membentangkan laporan itu pada Jemaah Kabinet pada Julai 2019. Ramai tertanya-tanya apa niat sebenar Peguam Negara sehingga mengambil langkah tergesa-gesa mendahului kerajaan dalam isu UEC…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya