BALING 15 April – Kembara Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2019 di sekitar daerah ini dan Sik telah menyantuni 200 orang kurang berkemampuan bagi meringan beban mereka. Kembara selama empat hari itu memperuntukan 200 pek barangan makanan bagi membantu golongan tersebut selain menceriakan mereka dengan kehadiran sukarelawan ke rumah mereka. Sukarelawan Kembara MSAM 2019 UMW menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan di Baling hari ini. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi…










