KOTA BHARU 12 April – Kelantan terus dirundung ‘malapetaka’ selepas tumpas 0-1 di tangan PDRM dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini. Masalah gaji yang membelenggu pasukan dan isu dipotong tiga mata nyata tidak menganggu rentak tuan rumah apabila bermula dengan serangan awal yang hampir menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma Nik Azli Nik Alias, namun sekadar mengeggar palang pada minit ketiga. Pelawat kemudian bangkit…









