KOTA BHARU 16 April – Hasrat Kelantan United melakukan kejutan tidak kesampaian apabila tumbang 1-3 ke atas Terengganu FC 1 (TFC 1) dalam aksi pusingan ketiga Piala FA 2019 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi. Turun dengan status ‘underdog’ Kelantan United yang beraksi dalam saingan Liga M3 meraih jaringan pertama seawal minit kesembilan menerusi sepakan lambung menarik Mohammad Rozaimi Azwar Mat Noor yang melepasi jangkauan penjaga gawang…










