Kelantan, Tarragona bercerai - Utusan Malaysia

Kelantan, Tarragona bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 April – Jodoh penyerang Uruguay, Raul Tarragona bersama Kelantan tidak berpanjangan apabila pemain itu memilih untuk menamatkan kontraknya berkuatkuasa semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh Syarikat Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di lidah rasmi badan itu KelantanRedWarriors.com.

Menurusi kenyataan itu, KRW Sdn. Bhd berkata, keputusan yang dibuat oleh Tarragona itu seleas mengambil kira perbincangan bersama antara kedua-dua belah pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, syarikatnya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pemain berkenaan.

“Keputusan ini dibuat melalui perbincangan bersama dan selepas mengambil kira pelbagai faktor.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Tarragona atas jasa dan sumbangan yang telah disumbangkan kepada pasukan Kelantan,” katanya.

Tarragona menandatangani kontrak bersama Kelantan pada 29 Januari lalu.

Sepanjang tempoh berkenaan, Tarragona membuat empat penampilan daripada lima aksi perlawanan Liga Premier 2019.

Bagaimanapun, Tarragona berjaya menamatkan kemarau jaringan apabila meledakkan gol pertama bersama Kelantan pada aksi menentang Terengganu FC II, Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini