KOTA BHARU 15 April – Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Jorg Peter Steinebrunner terpaksa ‘diceraikan’ oleh badan induk itu ekoran masalah kewangan kronik yang dihadapi ketika ini. Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, penamatkan kontrak Steinebrunner itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama semalam. Menurutnya, menerusi penamatkan kontrak itu KAFA turut menjelaskan semua tunggakan gaji pengendali Jerman yang sebelum ini gagal dijelaskan oleh Kelantan Red Warriors…










