KOTA BHARU 26 April – Selepas mengharungi tujuh perlawanan (semua pertandingan) tanpa kemenangan, Kelantan akhirnya merasai nikmat menang apabila menewaskan Pulau Pinang 2-1 dalam aksi Liga Perdana, sebentar tadi. Ini juga adalah kemenangan sulung mereka di Stadium Sultan Muhammad IV, sekali gus meredakan seketika tekanan The Red Warriors. Kemenangan itu juga membolehkan anak-anak buah Yusri Che Lah keluar dari kedudukan tercorot, sebaliknya tempat tersebut kini dihuni PDRM FC. Ini kemenangan…










