PELAKON Keith Foo mengakui dia dan isterinya, Kim Raymond tidak mengambil pusing dengan gosip yang mendakwa perkahwinan mereka dilanda masalah sejak awal Mac lalu. Biarpun mengakui setiap pasangan suami isteri akan melalui fasa pasang surut, kata Keith, 36, kehidupan mereka sangat bahagia. Terdahulu, timbul desas-desus yang mendakwa perkahwinan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 itu sedang bergolak dan mereka sudah tidak tinggal sebumbung. Ikuti penjelasan daripada pelakon drama Ariana Rose itu ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) baru-baru ini. KOSMO!: Boleh kongsikan perkembangan terkini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya