PADA hari ini, kita menikmati pelbagai kemajuan teknologi. Kita berasa bangga apabila memiliki peranti elektronik terutamanya telefon dan jam pintar yang terkini serta canggih. Kita juga akan berasa hebat jika memiliki banyak akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Kemajuan teknologi ini memberikan banyak kesan positif bagi memudahkan urusan harian kita. Kita boleh berkomunikasi bersama saudara-mara, sahabat handai dan rakan taulan yang jauh beribu kilometer dengan hanya menggunakan akses…










