KUALA LUMPUR 26 April – Kebangkitan yang cuba dilakukan Kedah di Alor Setar malam ini tidak menjadi selepas skuad Lang Merah sekadar seri 1-1 dengan Selangor dalam aksi Liga Super. Malah, Kedah yang masih dibayangi kekalahan 0-1 kepada Melaka United dikejutkan terlebih dulu oleh gol pembukaan pasukan pelawat menerusi Sandro da Silva seawal minit ke-18. Sandro Da Silva yang mendapat hantaran ke belakang daripada Azreen Zulkafali melepaskan rembatan menewaskan penjaga…










