SAUDARA PENGARANG,PIHAK kami ingin mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditemu bual sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini bahawa kerajaan telah memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah secara diam-diam. Sebenarnya, Dr. Mahathir tidak diberi maklumat tepat dan betul berkenaan program itu. Sebagai seorang yang bijaksana, tidak mungkin beliau akan bersetuju PPSMI dilaksanakan semula jika telah diberi taklimat akan hasil…










