KOTA TINGGI 12 April – Letupan dan kebakaran yang berlaku di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang dekat sini awal pagi tadi membabitkan saluran paip dan bukan melibatkan tangki. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, insiden itu juga hanya membabitkan kurang satu peratus daripada keseluruhan keluasan 8,000 hektar projek berkenaan. Menurut beliau, pihaknya sudah mengadakan lawatan dan…








