KUALA LUMPUR – Kebakaran sebuah unit kondominium di Taman Pertama, Cheras di sini semalam membongkarkan aktiviti perjudian atas talian yang dipercayai didalangi warga China. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak bomba berhubung penemuan beberapa buah komputer serta telefon bimbit selepas memadamkan kebakaran di bahagian dapur rumah tersebut. Katanya, hasil pemeriksaan dalam salah sebuah bilik di rumah itu polis menemui beberapa…










