SONGKHLA 13 April – Lima rakyat Malaysia masih menerima rawatan di hospital susulan kejadian kebakaran di sebuah hotel di Sadao, Songkhla, selatan Thailand semalam. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Afandi Abu Bakar berkata, tiga mangsa menerima rawatan di Hospital Hatyai manakala dua lagi di Hospital Songkhla. “Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang mangsa berada dalam keadaan serius manakala empat lagi dalam keadaan stabil,” katanya kepada pemberita di sini. Pihak Konsulat…










