KOTA TINGGI 22 April – Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan sebuah kapal tangki asing yang bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan kira-kira 9.1 batu nautika timur Tanjung Lompat dekat sini pukul 12 tengah hari tadi. Pemangku Timbalan Pengarah Operasi ZMTS, Leftenan Komander Maritim Muhammad Padzly Pasrial berkata, penahanan dilakukan bot peronda maritim yang sedang melakukan rondaan operasi di sekitar perairan Pengerang. “Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal mempamerkan…










