SEDARKAH anda bahawa penyakit kanser di Malaysia kini berada pada tahap membimbangkan. Malah, dianggarkan setiap seorang daripada 25 penduduk di negara ini mempunyai kemungkinan menghidap kanser. DR. NURHASHIM HARON Ini termasuk kanser kolorektal yang merupakan kanser kedua tertinggi di Malaysia, nombor satu dalam kalangan lelaki dan kedua bagi wanita. Masalahnya, ramai mengambil sikap sambil lewa dengan penyakit tersebut menyebabkan ia sering dikesan pada tahap lewat iaitu peringkat ketiga atau keempat.…









