LONDON 13 April – Mauricio Pochettino berkata, agak sukar untuk Harry Kane bermain bersama Tottenham semula musim ini selepas penyerang tersebut bergelut dengan kecederaan buku lali ketika beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Manchester City, Rabu lalu. Kapten skuad kebangsaan England itu, bergelut dengan masalah itu sewaktu Spurs menang 1-0 ke atas City di stadium baharu mereka, di mana menyaksikan kecederaan tersebut merupakan kali kelima di buku lali sejak 2016,…










