PASIR SALAK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui mati lemas selepas mandi di Sungai Perak berhampiran Kampung Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah di sini semalam. Mangsa, Ahmad Salman Omar, ditemui terapung pada pukul 8 malam kira-kira 50 meter dari tebing sungai oleh penduduk kampung yang melakukan operasi mencarinya. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasata awal mendapati kanak-kanak itu bersama ibu dan seorang rakannya pergi ke sungai tersebut yang terletak berdekatan rumah mereka di Kampung Pulau Tiga Kiri. “Selepas sejam berada di sungai itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya