ARKANSAS 12 April- Seorang kanak-kank maut selepas terjatuh ke dalam sebuah tangki septik di luar rumahnya di Calion, baru-baru ini. Ketika kejadian, Ty Dixon Waller, 2, dilaporkan sedang bermain-main di kawasan tersebut sambil diawasi ibunya menerusi rakaman kamera. Tidak lama kemudian, Waller ditemukan dalam tangki tersebut selepas kehilangannya disedari ibunya. Kanak-kanak malang itu disahkan mati akibat kecederaan pada otak- AGENSI










