Kanada raih kemenangan pertama - Utusan Malaysia

Kanada raih kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Kanada berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Austria, namun, keputusan itu gagal membantu mereka berada di tangga teratas Kumpulan A Siri Akhir FIH 2019 selepas dua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Ini kerana jumlah jaringan yang diraih Kanada dalam perlawanan hari ini masih sukar mengatasi gol diperoleh Austria yang meraih kemenangan 5-0 ke atas Belarus, semalam.

Keputusan diraih Kanada itu sekadar membolehkan mereka berada di tangga ketiga dengan tiga mata. Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Kanada dan Austria sukar meraih jaringan awal pada suku pertama dan kedua perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gol pertama perlawanan hanya hadir pada suku ketiga menerusi pemain Kanada, James Wallace sewaktu minit ke-31 hasil jaringan padang. Pada minit ke-42, Kanada sekali lagi berjaya menambah jaringan menerusi Keegan Pereira hasil gol padang yang menyebabkan Austria lebih tertekan untuk mendapatkan jaringan.

Usaha Austria menembusi kawasan D menerusi serangan bertali-arus akhirnya membuahkan hasil apabila berupaya menjaringkan gol pada minit ke-53 menerusi pemainnya Leon Thornblom hasil jaringan padang.

Selepas ini, Kanada dijadual menentang Belarus pada Isnin, manakala, Austria akan bertemu Wales. Berdasarkan format kejohanan, pendahulu setiap kumpulan sahaja akan meraih slot mudah ke saingan separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini