KUALA LUMPUR 14 Mac – Bintang penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme mengakui, pasukannya tertekan ketika ketinggalan 0-1 dan terikat 1-1 dengan PKNS FC kerana sedar mereka tidak boleh keciciran mata jika mahu menghambat Johor Darul Ta’zim (JDT). Katanya, gol kemenangan yang disempurnakan oleh Ze Love pada minit ke-70 benar-benar melegakan Tok Gajah, yang kini hanya dipisahkan dengan dua mata di belakang Harimau Selatan. “Kami tahu kami sangat memerlukan kemenangan dalam perlawanan…










