MANCHESTER, England 20 April – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola akui dia tidak langsung menyesal terhadap taktikal digunakan yang menyaksikan kelab berkenaan tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara.
Pada Khamis lalu, City meraih kemenangan 4-3 ke atas Tottenham dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara namun keputusan itu tidak memihak skuad bimbingan Guardiola selepas terikat dengan agregat 4-4 yang menyaksikan Spurs dinobat sebagai pemenang dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Dalam perlawanan tersebut Guardiola menjadikan saingan berlangsung lebih terbuka dengan kedua-dua pasukan saling berbalas gol dan menyaksikan empat jaringan terhasil dalam tempoh 11 minit pembukaan permainan.
“Kami banyak melepaskan gol tetapi kami juga banyak menjaringkan gol.
“Ketika kami beraksi di Tottenham, ada yang mempertikaikan taktikal digunakan pasukan.
“Tetapi mereka tidak fikir berapa ramai pemain kami yang baru kembali daripada kecederaan dan bagaimana kami perlu berdepan mereka yang baru dua hari berpindah ke stadium yang baru,” kata Guardiola. – AGENSI











