Kakitangan KKM boleh adu masalah, idea di Ideas That Matter - Utusan Malaysia

Kakitangan KKM boleh adu masalah, idea di Ideas That Matter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kakitangan Kementerian Kesihatan kini boleh melontarkan sebarang idea dan pandangan terus kepada kementerian itu melalui capaian terus di laman sesawang ideas.moh.gov.my.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, warga kementerian itu boleh menghantar semua permasalahan, idea dan pandangan itu bermula hari ini sehingga 30 April ini.

Menurutnya, penubuhan laman sesawang ‘Ideas That Matter’ adalah bagi membantu kakitangan KKM untuk menyalurkan terus permasalahan atau berkongsi idea dengannya secara terus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini, ramai kakitangan bawahan tidak berpeluang untuk mengadu permasalahan dan pandangan mereka terus kepada pihak kementerian.

“Oleh itu saya tubuhkan ‘Ideas That Matter’ khusus kepada kakitangan di peringkat bawahan iaitu gred Jusa ke bawah untuk menyalurkan padangan dan permasalahan mereka tidak kira di mana mereka berada,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia (KKHA) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Dzulkefly berkata, pihaknya berharap agar semua kakitangan KKM dapat memanfaatkan laman sesawang bagi pihaknya mengumpul seberapa banyak idea dan permasalahan bagi meningkatkan produktiviti kementerian tersebut pada masa akan datang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini