KUALA SELANGOR – Seorang juruukur menemui ajal ketika pulang ke rumah apabila motosikal ditungganginya terbabas di susur masuk Puncak Alam Lebuh Raya Kuala Selangor-Kuala Lumpur (Latar), di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu, Muhammed Syazwan Alice Norly, 21, beralamat di Bandar Tasik Puteri, Rawang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, mangsa dipercayai baru pulang dari tempat kerja di Puncak Alam menuju ke rumahnya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.
“Sebaik tiba di lokasi kejdian mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di atas jalan raya.
“Akibatnya, mangsa parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jelas beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk proses bedah siasat.
Justeru itu, Md. Asri menegaskan orang ramai yang menyaksika kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE











