Jururawat cedera dilibas bilah kipas stabil - Utusan Malaysia

Jururawat cedera dilibas bilah kipas stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang jururawat pergigian wanita mengalami kecederaan selepas kipas siling tercabut dan terjatuh ke atasnya ketika melakukan tugas Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) di Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Skudai Selasa lalu.

Tiga keping gambar berhubung kejadian itu tular di laman sosial sejak semalam menunjukkan muka jururawat berlumuran darah selain bilah kipas yang tercabut.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, kejadian itu berlaku ke atas seorang petugas Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Skudai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd. Aziz mengesahkan kejadian itu menimpa petugas PPK Selesa lalu.

“Saya ada terima mengenai perkara ini, mangsa merupakan seorang Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Skudai.

“Bagaimanapun kecederaan yang dialami petugas ini tidak lah serius dan sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar, beliau juga turut diberikan cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini