KUALA LUMPUR 16 April – Seorang kaki pancing tidak menyangka umpan roti pandan yang digunakan dalam Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) Siri 4/2019 di Tasik Permaisuri, Cheras di sini, Ahad lalu berjaya menobatkan dirinya sebagai juara. Mohd. Khairil Janudin, 31, menaikkan spesies ikan patin seberat 4.260 kilogram (kg) pada pukul 11.55 pagi sekali gus menewaskan lebih 600 peserta yang hadir memeriahkan pertandingan memancing anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.…










