KUALA LUMPUR 17 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang terlibat dengan isu integriti termasuk salah guna kuasa dan rasuah. Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd. Zawawi berkata, jabatan tersebut mempunyai unit integriti yang sentiasa aktif memantau anggotanya dari semasa ke semasa. “Kita ada 377 anggota di JPJWPKL dan agak mustahil kalau saya mahu pantau sendiri, sebab itu kita ada unit…










