PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap tangkapan seramai 23 pegawai dan anggotanya. JPJ dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tiada halangan terhadap bidang tugas SPRM. “Jabatan ini juga yakin agensi itu akan menjalankan tanggungjawabnya dan mematuhi undang-undang berhubung siasatan berkenaan,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, SPRM menahan seramai 31 individu termasuk 23 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana…










