Jordan kagum kecemerlangan Woods - Utusan Malaysia

Jordan kagum kecemerlangan Woods

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 19 April – Legenda bola keranjang, Michael Jordan akui sukar untuk mempercayai Tiger Woods mampu menjuarai kembali kejohanan golf Master 2019 dalam masa sama anggap ia sebagai satu sejarah terhebat sukan berkenaan.

“Pada saya ia satu kepulangan terhebat yang tidak pernah saya saksikan sebelum ini. Saya sendiri tidak percaya dia mampu berada pada tahap ini secara fizikal. Tapi dia berjaya melakukannya.

“Bukan saya sahaja, tiada siapa menjangkakan dia mampu mendapat semula sentuhan seperti dahulu. Mungkin dia sahaja yang mengetahui ceritanya dan yakin pada diri sendiri. Pada saya, macam tidak percaya,” katanya kepada sebuah majalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikon sukan golf itu menamatkan kemarau kejayaan 11 tahun dengan menjuarai kejohanan Masters pada Ahad dalam saingan mendebarkan sebelum ianya berakhir dengan suasana penuh emosi.

Berusia 43 tahun, Woods hampir menyamai pencapaian pemain tertua, Jack Nicklaus yang memenangi Masters pada usia 46 tahun pada 1986. Begitu juga dengan rekod Woods menjuarai 15 kejohanan utama berbanding Nicklaus sebanyak 18 kali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini