SEOUL 13 April – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un terus ‘bermain tarik tali’ dengan Amerika Syarikat (AS) apabila beliau meletakkan syarat bahawa Presiden Donald Trump perlu terlebih dahulu ‘membetulkan perkara yang tidak betul selama ini’ sebelum mengadakan pertemuan dengannya.
Agensi berita KCNA hari ini melaporkan, Jong-un memaklumkan beliau sanggup menunggu ‘sehingga akhir tahun ini’ untuk memberi masa kepada AS bagi menjadi lebih fleksibel.
“Apa yang perlu dilakukan oleh AS ketika ini adalah mereka perlu menghentikan semua perkara yang tidak betul dan adakan pertemuan dengan kami apabila semuanya sudah diselesaikan,” kata Jong-un.
Trump dan Jong-un sebelum ini pernah mengadakan pertemuan sebanyak dua kali iaitu di Singapura pada Jun lalu dan Hanoi pada Februari tahun ini. – AGENSI











