JAKARTA 24 April – Calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi mendahului pesaingnya, Prabowo Subianto dengan 55.79 peratus dalam kiraan awal.
Lapor Kompas, angka itu adalah berdasarkan data yang dimuatkan dalam Sistem Informasi Penghitungan Suara (Situng) milik Komisi Pemilihan Umum (KPU) di 240,329 pusat pengundian daripada 813,350 pusat pengundian keseluruhan sehingga pukul 4.30 petang waktu tempatan.
Dari segi peratusan hanya kira-kira 29.52 peratus daripada undi keseluruhan dikira setakat hari ini. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…










