SEREMBAN 29 April – Johan qariah al-Quran Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, Nur Farhatul Fairuzah Panut, 19, diraikan dalam majlis kesyukuran sempena kejayaan beliau dalam pertandingan itu malam ini. Majlis itu yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu di sini dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; isteri beliau, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Ismail Ahmad dan…










