KUALA LUMPUR 3 April – Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei berjaya melepasi pusingan awal selepas mengetepikan cabaran pemain Thailand, Nithcaon Jindapol untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, hari ini. Pemain berusia 19 tahun itu menewaskan Nitchaon 21-13, 21-12 dan berkemungkinan akan berdepan cabaran pilihan kelapan dari India Saina Nehwal esok. Jin Wei berkata, pertemuan menentang Nitchaon bukan sesuatu yang mudah kerana pukulan yang dilakukannya agak mengelirukan.…










