KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila jari manis kanannya tersangkut dalam mesin permainan ‘tikam’ hari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian berlaku di sebuah kedai runcit di Taman Bahagia Baru, Temerloh dekat sini pada pukul 8.15 pagi. “Jari mangsa dipercayai tersangkut pada besi yang menahan bola-bola dalam mesin itu semasa dia menghulurkan tangan untuk mengambil…









