KUANTAN 7 April – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) menasihati rakyat supaya memahami isu pekerja asing sebelum menyalahkan mana-mana pihak. Presidennya, Datuk Zuhairi Ab. Kadir berkata, bagi kelangsungan negara yang sedang membangun, sumbangan pekerja asing sememangnya diperlukan. “Lihat sahaja bangunan tinggi yang kita banggakan, tangan siapa yang dirikan? Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hotel, universiti, menara, pejabat, litar sepang, stadium, hospital dan bangunan lain-lain…










