JAKARTA 16 April – Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak berarak atau berkumpul selepas hari pengundian, esok. Lapor CNN Indonesia, beliau turut menjelaskan yang polis tidak memberi sebarang permit atau kebenaran kepada mana-mana pihak untuk berkumpul atau berarak. “Saya meminta orang ramai supaya tidak melakukan perarakan sebagai menyatakan tanda kesyukuran atau sebarang bentuk sambutan kerana ia boleh mencetuskan provokasi kepada parti-parti lain,” katanya,…










