Jalan SS 7/15 ditutup sementara bermula Jumaat - Utusan Malaysia

Jalan SS 7/15 ditutup sementara bermula Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 April – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menutup sementara sebahagian Jalan SS 7/15, Kelana Jaya untuk memberi laluan kepada penganjuran program PJ Urban Motorcross Fun Race and Celebrity 2019 dan MBPJ Push Bike Challenge, Sabtu ini.

MBPJ dalam kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan itu akan dilaksanakan bermula dari pukul 8 malam, Jumaat ini sehingga Ahad (10 malam).

“Sepanjang penutupan jalan ini, pengurusan lalu lintas akan dikawal oleh anggota penguat kuasa MBPJ.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh berbuat demikian dengan menghubungi urusetia program di talian 03-7956 3544 sambungan 364/262/372,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini