IWK tangguh pelancaran Kempen Sedut dan Menang - Utusan Malaysia

IWK tangguh pelancaran Kempen Sedut dan Menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 April – Majlis Pelancaran Kempen Sedut dan Menang serta Aplikasi Indah Water yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini di Pusat Perdagangan Banting, Selangor ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd., Huda Muhammad Farid dalam kenyataan berkata, penangguhan itu terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“IWK memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis pelancaran program yang bakal dirasmikan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar itu diisi dengan aktiviti pembersihan sungai yang dikenali sebagai ‘Friends of Rivers’ bersama-sama dengan masyarakat setempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini