Isu berlian: Saya maafkan - Rosmah - Utusan Malaysia

Isu berlian: Saya maafkan – Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – “Saya maafkan.. tapi apa yang penting minta maaf pada rakyat. Mereka sengaja menggunakan isu tersebut sebagai bahan pilihan raya, malangnya ramai yang percaya pada fitnah. Alhamdulilah perkara sebenar telah keluar,” katanya. 

Itu reaksi Datin Seri Rosmah Mansor, 68, sebentar tadi ketika ditanya pemberita berhubung isu cincin merah jambu RM24 juta yang didakwa dibeli olehnya.

Mengulas lanjut, Rosmah memberitahu meskipun hatinya terbuka untuk memaafkan dengan apa yang telah berlaku, namun dia tetap kesal apabila ada segelintir pihak yang mempercayai fitnah sebelum ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sabar dan reda dengan apa yang telah berlaku apatah lagi suami saya (Datuk Seri Najib Tun Razak) merupakan pemimpin negara. Apa yang dia alami saya pun terpaksa merasai. Saya sabar demi kesejahteraan rakyat dan reda menghadapi segala dugaan yang Allah beri pada saya,” katanya lagi.

Terdahulu Rosmah didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan baharu menerima rasuah RM5 juta berhubung berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak tiga tahun lalu. 

Isnin lalu,  Kementerian Kewangan sekali lagi mengesahkan tiada pembelian berlian merah jambu oleh isteri kepada individu kenamaan di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, berlian itu telah disahkan dibawa masuk oleh ejen, namun dibawa keluar secara sah, mengikut perundangan negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini